Friday, July 30, 2010

Pengorbanan

btw text ni aku amik dari facebook cousin aku.ariff :) serious sedih.

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,
"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,
"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak ,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... ..
"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku.
"Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab,
"Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras. " Apalagi... aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
”Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab,
"Selain emak, kakak saya... ." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

long time ago

comel tak?haha,ni time bila ntah tak ingat.for sure dkt rumah lama ni,petaling jaya :) rindunya zaman kanak2,nak apa semua dapat,wee.

Saturday, July 24, 2010

terSANGAT happy ;)



auw,my dad nak belikan kereta.gahh,nak jazzzz pleaseeeeeeeeeee..

when ur gone

i miss you laa,seriously! happy2 jugak,sometimes teringat dekat youu.haih
mcm mn ni? -.-

Tuesday, July 20, 2010

that should be me -.-

Everybody's laughing in my mind,Rumors spreadin' bout this other guy,Do you do what you did when you did with me?Does he love you the way I can?Did you forget all the plans that you made with me?cause baby I didn't.
you said you needed a little time from my mistakes.It's funny how you used that time to have me replaced
Now if you're trying to break my heart,it's working cause you know.That that should be me holding your hand
and making you laugh.This is so wrong I can't go on.'Till you believe,That should be me..I need to know should I fight for love Or disarm,It's getting harder to shield.
This pain is my heart

Monday, July 19, 2010

bukan sekarang syah -.-

yeah,dia dah ada orang lain.its okay,i tumpang bahagia walau dekat hati ni rasa mcm sakit je.i tak marah you,sebab i pegang janji i yang i xkan marah2 u lagi since hari tu.hm,cuma kecewa dengan apa yang buat ni..hope that guy takecare u baik2.hope so -.- and bukan skrg kot jodoh kita,tu jela yang i boleh katakan utk sedapkan hati ni..i sayang u sangat2,and i dah promise dkt diri ni lepas you,i xkan ada anything relations dengan orang lain sampai i graduate dip..yeah,i tunggu you! xkisah la berapa tahun sekali pun i terpaksa tahan perasaan ni,itulah realitinya :)
jaga diri baik2,jangan buat benda2 yang tak elok,hope success babehh.

Wednesday, July 14, 2010

sedihnyaa -.-

bila cinta kini tak lagi bermakna yang kurasa kini hanyalah nestapa ditinggalkan cinta masa lalu. dulu kau tawarkan manisnya janji mu dan ku sambut itu dengan segenap hatiku,hinggakan kau pergi tinggalkan ku.hilangnya cintamu menusuk hatiku hingga ku memilih cinta yang fana perrginya dirimu merobek jantungku hinggaku terjatuh dalam harapan.ku sebut namamu di setiap doa ku dan ku bangkit kan seddia kenangan bersama mu yang ku dapat hanya bayang mu

semula ku tak yakin kau lakukan ini padaku
meski dihati merasa kau berubah
bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku

aku kan pergi meski hati tak akan rela,i'll waiting for you lah xkira mcm mn sekali pun,i akan pegang janji i ni :)

Tuesday, July 13, 2010

akhirnya -.-

yea,akhirnya aku tau jugak puncanya.hmhm,xpela,maybe takde jodoh buat masa ni.but,i want you to know that i'll waiting for you,xkira la lama mcm mana pun.hope okay,take are of yourself and i gonna miss you! seriously,hati ni down gila,tgh2 time critical pulak tu,semangat ku dah hilang,arghhh.maybe 10thn lagi?i still love you laa,thats all,bye. -.-

whats the problem? -.-

tiba2 tak reply text aku,call x angkat.apa masalahnya?aku sendiri pun tak tau.hmhm,sabar je syah,bagi masa sikit..serious,down gila oh dlm 1mggu ni,xde semangat.. hope okay la lepas ni

Saturday, July 3, 2010

design -.-



hello people,design subject complicated kot.haih,kena creative,inovatif,imaginasi kuat..adui
help me!mcm mn nak design kalau otak full dgn air? :D hmhm skrg ni,aku byk study bnda2 ni dekat google,hope boleh membantu sikit :) ya allah,permudahkan urusan aku ini,amin.

Bertakhta di hati :)


Dihempas ombak,
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut

Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat…lihat..
Sinarnya menyala
Lihat…lihat
Ke dalam mataku
Cintamu bertahta (di hati)

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta
Setelah ku kenal
Dirimu siapa
Ku cinta sejati
Kusandarkan jiwa

Digilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Diguris resah
Meniti hari bersulam tangis
Takkan berganjak pendirian ku ini
Selagi kita tak kembali bersatu

Selamanya
Takkan berubah perasaan terhadapmu
BIar digugat
Biar dicabar
BIar dihalang

Dugaan -.-

hello blogger,ya allah..ringankan laa beban aku dalam menempuh alam pembelajaran yg sengsara ni.hari khamis paling aku tak suka dlm jadual aku.grr,class working drawing start pkl 8 til 1,tapi disebabkan hari tu lect bgy assignment and suruh submit pkl2 terpaksa la stay je dekat studio..assignmentnya ialah mengukur and melukis setiap list yg dia bagi.lebih kurang 30 benda jugak la..dari ke pintu sampai la gutter,ish2.malang nasib budak2 sem ni -.- lepas class tu terus cont class p.i sampai pkl4 then terus cont class building services sampai pkl5..kalau tiap2 hari mcm ni..serious tak sanggup.
~thats all,byee